Tuesday, April 10, 2007
AURORA
== Mekanisme aurora ==
Aurora berpunca dari [[elektron]] yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di [[ionosfera]], lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan [[garis terlarang|peralihan terlarang]] aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa [[Polar (kapal angkasa)|Polar]] malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.
posted by yurika @ 9:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
anda pengunjung ke...

Free Hit Counter
my clock
jadwal sholat
mypet
monkey
komentar u
kalender

Free Blog Content

last post
archives
links
suported by
Free Blogger templates